Simpan Sendiri vs Melalui Pinjaman

Kenapa nak ambil loan? Kena bayar interest kat bank. Baik simpan sendiri. Biasa dengar kenyataan ni... Tapi tahu atau tidak bahawa dengan simpanan melalui pinjaman, kita dapat tingkatkan pendapatan / dividen ASB kita. Kita ambil contoh sekiranya ASB membayar dividen sebanyak 8% setahun, kita akan mendapat 8% dividen tersebut jika wang yang kita simpan genap setahun. Jika baru nak simpan tiap-tiap bulan, anggaran dividen yang kita dapat sekitar 4% sahaja. Dengan kadar dividen ASB 8% setahun, kita boleh tingkatkan pulangan pelaburan kita lebih dari 50% setahun. Bagaimana???

Terdapat 2 jenis Pinjaman ASB iaitu 3 Years Interest Only Package (Pakej Bayar Faedah Sahaja untuk 3 Tahun) dan Installment Payment Package (Pakej Bayaran Bulanan iaitu pakej biasa). Kadar faedah yang dikenakan berbeza iaitu BLR1% untuk 3 Years Interest Only Package dan BLR1.55%* untuk pakej biasa. Memang untuk Interest Only Package kadar interest/faedah dia tinggi sedikit. Tapi jika dikira betul-betul dari aspek bayaran yang sangat rendah untuk 3 tahun tersebut, pakej tersebut paling menguntungkan. Kita boleh mendapat pinjaman yang sangat tinggi dan dividen yang kita dapat pun tinggi.

Siapa nak bagi pulangan pelaburan sebanyak 50.94% setahun?
Andaikan kita ambil pinjaman sebanyak RM200,000. Jumlah faedah yang kita perlu bayar cuma RM10,600 sahaja untuk setahun (berdasarkan 5.3% setahun @ BLR1%) atau purata RM883.33 sebulan. Sekiranya ASB memberikan pulangan dividen sebanyak 8% setahun, kita dapat RM16,000 setahun (purata RM1,333 sebulan). Anda dapat extra/lebih RM5,400 setahun atau RM450 sebulan.

Cuba lihat sendiri perbezaan antara simpanan sendiri dengan pelaburan melalui pinjaman ASB di bawah. Saya ambil contoh simpanan dan juga bayaran bulanan sebanyak RM500 sebulan dan pulangan yang kita dapat setiap tahun dan dalam tempoh 3 tahun.

Jadi jangan sia-siakan status bumiputera anda... ASB hanya ditawarkan kepada kaum bumiputera sahaja.